Bos, pernah tak kena ‘sound’ dengan customer macam ni: “Bos, apasal kat Shopee syampu ni baru RM20, tapi bos jual sampai RM50?”
Masa tu, dalam hati mesti menyirap kan? “Modal aku ambil barang pun dah lebih RM20 la wei!” Tapi bos tak boleh marah, bos cuma mampu senyum kelat dan cakap, “Alah, kat online tu banyak barang fake, barang tiruan…” Sudahnya? Customer pandang bos semacam je, macam bos nak cekik darah. Lagi bos explain, lagi awkward.
Saya dah 22 tahun dalam industri supply barang salun kat Malaysia. Beratus salun saya dah pergi, dan saya nampak ramai sangat owner salun tersungkur bila main ‘perang harga’. Sampailah satu hari saya baca buku marketing, dan ada satu ayat ni memang ‘deep’ gila:
“Customer bayar bukan sebab kos barang tu murah, tapi sebab diorang nampak ‘Value’ (Nilai). Kalau Value tu ngam, harga mahal pun diorang pejam mata bayar!”
Habis tu, apa benda ‘Value’ ni? Dari pengalaman 22 tahun saya, saya pecahkan kepada 4 benda yang bos boleh buat terus kat kedai hari ni: Kepakaran, Standard (Prestij), Hasil, dan Servis.
1. Kepakaran: Biar Customer Rasa “Bos Ni Memang Pakar Rambut”
Perasan tak, kalau Top Stylist kat salun nak potong rambut, customer tak berani nak mintak kurang? Sebab sebelum dia pegang gunting, dia akan telek dulu bentuk muka, jenis rambut, dan arah pusar rambut customer. Dia tak jual “potong rambut”, dia jual “Diagnosis Pakar”.
Dia akan cakap, “Sis, rambut sis ni jenis halus, pusar kat atas ni lari sikit. Saya suggest potong layer dan belah kiri, baru rambut nampak tebal dan tak kempis.” Customer dengar je terus rasa, “Fuh, power gila! Dia faham masalah aku.” Bila dah tahap ni, harga tolak tepi.
Cara saya buat selama 22 tahun: Bila saya promote barang kat owner salun, saya tak pernah campak barang dan cakap “Ni laku bos, beli la”. Saya akan tanya dulu: Kedai bos ramai student ke orang berumur? Warna apa paling laju jalan? Bila dah faham, baru saya recommend. Owner salun percaya saya bukan sebab harga saya paling murah, tapi sebab saya pakar pilih barang yang ngam dengan kedai diorang.
Kepakaran tu bermaksud: Bos tolong selesaikan masalah customer, bukan sekadar nak push jual barang.
2. Standard (Prestij): Biar Customer Rasa “Ada Kelas”
Cuba fikir, kenapa ada perempuan sanggup bayar RM300 pergi cuci rambut kat salun viral, tapi taknak pergi kedai biasa yang cas RM30? Syampu tu wangi sangat ke? Bukan! Sebab kat salun viral tu, lepas cuci rambut dia boleh tangkap gambar masuk IG Story. Nampak mewah!
Kos cuci rambut tu mungkin RM30 je, tapi baki RM270 tu dia bayar untuk beli “Standard” atau “Face”.
Cara saya buat selama 22 tahun: Bila tolong bos salun pilih brand, saya akan cari brand yang bila susun kat rak, nampak gempak. Contohnya brand antarabangsa macam L’Oréal, Schwarzkopf, atau Miteo (yang ada sijil Halal JAKIM). Customer pandang je cermin kedai bos, diorang dah tahu: Wah, kedai ni pakai barang premium!
Standard tu bermaksud: Customer rasa satu ‘reward’ untuk diri sendiri bila berbelanja kat kedai bos.
3. Hasil (Result): Jangan Sembang Kari, Biar Realiti
Customer bayar RM200 untuk color rambut. Lepas 3 hari cuci, warna makin cantik, rambut tak kering, tak putus. Confirm bos jadi hero kat mata dia. Dia akan tolong promote kedai bos kat kawan-kawan dia secara percuma.
Tapi cuba bayangkan lepas buat rebonding, rambut keras kejung macam dawai? Minta maaf cakap, dia takkan jejak lagi kedai bos, siap viralkan kata kedai bos scam. Sembang kencang macam mana pun, kalau hasil hancur, zero.
Cara saya buat selama 22 tahun: Sebagai supplier, benda saya paling takut ialah jual barang sampah. Customer bos rosak rambut, yang kena maki kedai bos tau! Jadi setiap kali saya nak bawa masuk ubat baru, saya akan test sendiri dulu. Ubat lurus ni pedih kulit kepala tak? Warna ni cepat luntur tak? Dah 100% yakin, baru saya supply kat bos. Nama baik 22 tahun, mana boleh buat main-main!
Hasil tu bermaksud: Customer nampak bos tak tipu diorang, dan diorang tak sabar nak datang lagi.
4. Servis: Buat Customer Rasa Macam VIP
Servis ni bukan setakat bos bagi air suam segelas. Servis ni bila customer datang, bos ingat pesanan dia bulan lepas (“Nak trim je, jangan pendek sangat”). Servis ni bila customer nak balik, bos hadiahkan botol kecik hair serum sambil cakap, “Sis, balik nanti sapu ni sikit, biar warna tu tahan lama ya.”
Kos botol kecik tu murah je, tapi impak dia? Customer rasa, “Wah, baiknya owner salun ni, dia hargai aku.” Servis adalah magnet paling kuat untuk pastikan diorang tak cari kedai lain dah.
Servis tu bermaksud: Bos hargai customer, customer akan balas dengan kesetiaan.

Kesimpulan: Shopee Tak Boleh Copy “Value” Bos!
Jadi, kalau lepas ni ada customer tunjuk harga TikTok atau Shopee kat bos, rileks je. Bos bukan jual harga sebotol syampu, bos sedang jual 4 benda ni sekali gus:
- Kepakaran — Bos jimatkan masa dan selamatkan rambut diorang.
- Standard — Bos buat diorang rasa ada ‘kelas’.
- Hasil — Bos beri jaminan rambut cantik tanpa rosak.
- Servis — Bos layan diorang macam VIP.
Benda ni semua, platform online tak boleh bagi! Online cuma jual botol plastik, bos jual Trust dan kepakaran tangan bos.
Sejujurnya, saya sebagai supplier cuma pandai sembang bab bisnes, cari barang berkualiti dan pastikan harga modal bos murah. Tapi yang betul-betul pegang gunting, bancuh warna, dan cantikkan rambut tu, semuanya bergantung pada “Tangan Emas” bos-bos semua! Tugas saya sedia peluru (produk), tugas bos pergi perang dan menang
📦 Join Order Salun (Group Buy): Dapat Harga Borong, Tak Payah Pening Simpan Stok!
Kalau bos order sikit-sikit untuk satu kedai, confirm kena harga mahal. Apa kata kita combine order? Dapat terus harga borong paling cun! Shine Hair Zone tolong kumpulkan order bos-bos semua—bagitau je nak barang apa, kita cukupkan kuota untuk fight harga lantai dengan kilang. Cash flow kedai pun tak sangkut! Antara barang hot untuk join order:
- 🛡️ Brand Eksklusif Salun Sahaja (Barang takde kat Shopee/Lazada. Customer tak boleh compare harga, untung kedai bos pegang 100%!)
- 🧴 Ubat Rebonding / Straightening (Ambil sekotak terus, harga lagi ngam)
- 🌙 Brand Halal Sah JAKIM (Pelanggan Muslim guna tanpa was-was, auto-naikkan ‘trust’ kedai bos!)
- 🏷️ Brand Besar Salun (L’Oréal, Schwarzkopf, Shiseido & lain-lain saiz salun)
* Nota: Harga group buy ni adalah harga bersih (nett). Tak termasuk kos pos, packing, dan upah admin/runner sikit (kita meniaga transparent bos, takde cas sembunyi).
Zaman sekarang bisnes kena bijak, pusingan modal kena jaga. Tak payah nak peram stok berkotak-kotak sampai berhabuk dekat kedai lagi. Bos list kan je nak barang apa, saya tolong kawtim harga paling cantik untuk semua!
📲 Klik WhatsApp, Jom Join Order Sekarang!



Leave a Comment
Anda perlu log masuk untuk menghantar ulasan.