desoxygener system2 shampoo 1000ml bottle in bathroom

Desoxygener System 1 vs System 2: Syampu Mana Paling Ngam Untuk Rambut Bos?

Wong Chin Fong Avatar

Bos dah tahu Desoxygener ni memang berkesan. Data klinikal pun dah terbukti. Tapi bila masuk kedai kita, pening pulak tengok ada dua jenis: System 1 dan System 2. Dua-dua tulis “anti-hair loss” (anti-gugur). Habis tu, nak pilih yang mana satu?

Beza dia bukan stakat teknik marketing tau. Beza dia pada struktur formula. System 1 direka khas untuk rambut virgin (asli) yang mula menipis. System 2 pula dibina untuk rambut nipis yang pernah kena rawatan chemical (bahan kimia). Kalau tersilap pilih, rambut takdelah rosak—tapi bos akan rugi sebab tak dapat manfaat spesifik yang rambut bos betul-betul perlukan.

Jom saya explain betul-betul, dari kacamata orang yang dah 22 tahun supply barang salun.


Beza Utama (Senang Faham)

 System 1System 2
Paling Sesuai UntukRambut asli, halus, makin nipis (tak pernah kena bahan kimia).Rambut menipis yang pernah diwarnakan (color), rebonding, atau perm.
Misi UtamaCuci bersih kulit kepala, buang kerak DHT untuk kembalikan balance semulajadi.Cuci kerak DHT sambil kembalikan kelembapan dan rawat kerosakan akibat chemical.
Kelebihan EkstraBaiki tekstur rambut halus/lembik—bagi rambut nampak lebih lebat dan beralun (volume).Bina semula helaian rambut rosak dengan Hydrolyzed Keratin dan protein soya.
Fokus Kulit KepalaKawal minyak dan buang sisa kotoran bagi kulit kepala betul-betul fresh.Cucian lembut supaya kulit kepala yang sensitif lepas rawatan tak makin meradang.

Bila Nak Kena Guna System 1?

Desoxygener Ayurvedic System 1 ni formula original. Ia memang direka khas untuk rambut yang tak pernah kena proses kimia—tak pernah warna, rebonding, atau perm. Kalau rambut bos jenis semulajadi halus, lembik, atau baru start nak menipis, inilah jodohnya.

Kerja System 1 ni simple je: buang semua benda yang tak patut ada kat kulit kepala. Dia akan cairkan kerak sebum dan DHT yang sumbat liang pori, cuci sisa pencemaran luar, dan control pengeluaran minyak lebihan. Hasilnya? Kulit kepala akhirnya boleh bernafas, dan rambut tumbuh nampak lebih tebal, kuat, dan sihat.

Senang cerita, ini proses detox untuk rambut virgin yang perlukan bantuan.

Bila Nak Kena Guna System 2?

Desoxygener Ayurvedic System 2 ni pula untuk rambut yang “dah banyak makan asam garam”. Buat color, rebonding, bleach, perm—semua proses ni bukan je ubah rupa rambut, tapi dia ubah struktur dalaman helaian rambut tu. Rambut yang dah kena chemical ni lebih rapuh, berliang (porous), dan cepat hilang kelembapan berbanding rambut asli.

System 2 tetap akan lawan DHT kat akar rambut—bahagian ni sama je macam System 1. Tapi dia ada lapisan rawatan (reconstructive layer) yang System 1 takde: campuran protein premium termasuk Hydrolyzed Keratin dan Hydrolyzed Soy Protein. Bahan-bahan ni akan meresap masuk ke dalam helaian rambut untuk baiki kerosakan dari dalam, kembalikan kelembapan dan kelembutan pada rambut yang dah kejung akibat treatment berulang kali.

Kalau rambut bos pernah kena servis chemical salun, tolong jangan guna System 1. Rambut bos sangat-sangat perlukan rawatan membaik-pulih yang cuma ada dalam System 2.

desoxygener system 2 shampoo 1000ml botol besar


Apa Yang Sama Antara Dua System Ni?

Tak kisah bos pilih System mana pun, bos tetap akan dapat asas rawatan anti-gugur yang sama padu:

  • Minyak Halia Sejuk-Perah (Cold-Pressed Ginger Oil): Ini bahan aktif ‘superstar’ untuk kedua-dua formula. Dia akan cairkan lapisan lemak—iaitu kerak DHT dan sebum yang sumbat pori tu—tanpa mengeringkan kulit kepala.
  • Rangsang Aliran Darah (Microcirculation Boost): Dua-dua akan lancarkan peredaran darah ke akar rambut yang “kelaparan”, menghantar oksigen dan nutrisi yang cukup untuk rambut membesar.
  • Peraturan Wajib 3-Ke-5 Minit: Nak bagi syampu ni berkesan, bos wajib biar buih kat kulit kepala selama 3 hingga 5 minit sebelum bilas. Ini bukan pilihan ya! Bahan aktif Ayurveda ni perlukan masa sikit untuk meresap dan mula buat kerja.

Masih Konfius Nak Pilih Mana Satu?

Setiap rambut tu berbeza. Kalau bos tak pasti sama ada rambut bos ni dikira “pernah kena chemical“, atau rambut akar tu natural tapi bahagian hujung rambut pula rosak buat color, takpe, tanya je saya. Saya dah 22 tahun dalam industri ni—saya akan tolong bos pilih yang paling tepat.

📲 Terus WhatsApp saya: Klik sini untuk chat dengan Wong Chin Fong. Nasihat jujur, tiada layanan robot, takde paksaan.

🛒 Dah tahu nak yang mana? Beli System 1 atau System 2 sekarang.

📦 Join Order Salun (Group Buy): Dapat Harga Borong, Tak Payah Pening Simpan Stok!

Kalau bos order sikit-sikit untuk satu kedai, confirm kena harga mahal. Apa kata kita combine order? Dapat terus harga borong paling cun! Shine Hair Zone tolong kumpulkan order bos-bos semua—bagitau je nak barang apa, kita cukupkan kuota untuk fight harga lantai dengan kilang. Cash flow kedai pun tak sangkut! Antara barang hot untuk join order:

  • 🥛 Peroxide / Developer (Barang paling laju jalan, join order memang jimat habis!)
  • 🧴 Ubat Rebonding / Straightening (Ambil sekotak terus, harga lagi ngam)
  • 💧 Color Tubes / Pewarna (Boleh kumpul kod warna yang hot je, tak payah peram warna pelik-pelik)
  • 🏷️ Brand Besar Salun (L’Oréal, Schwarzkopf, Shiseido & lain-lain saiz salun)

* Nota: Harga group buy ni adalah harga bersih (nett). Tak termasuk kos pos, packing, dan upah admin/runner sikit (kita meniaga transparent bos, takde cas sembunyi).

Zaman sekarang bisnes kena bijak, pusingan modal kena jaga. Tak payah nak peram stok berkotak-kotak sampai berhabuk dekat kedai lagi. Bos list kan je nak barang apa, saya tolong kawtim harga paling cantik untuk semua!

📲 Klik WhatsApp, Jom Join Order Sekarang!

Enjoying this article?

Subscribe to get new posts delivered straight to your inbox. No spam, unsubscribe anytime.

No spam. Unsubscribe anytime.

You may also like

See All desoxygener →

Leave a Comment

Hair Problem?WhatsApp me