Tag: Tips Bisnes Salun

  • Jual Sebotol Schwarzkopf, Untung Bersih Lebih Dua Kali Ganda? Group Buy Moisture Kick Ni Memang Gila Berbaloi!

    Jual Sebotol Schwarzkopf, Untung Bersih Lebih Dua Kali Ganda? Group Buy Moisture Kick Ni Memang Gila Berbaloi!

    Bos, pernah tak duduk diam-diam dan kira balik: Barang retail yang bos susun kat rak depan tu, lepas tolak modal, berapa ringgit je untung bersih yang betul-betul masuk poket?

    Saya faham, ramai owner salun tak berani nak bawa masuk brand besar. Sebab utama? Mahal. Brand profesional dari Jerman macam Schwarzkopf ni, kalau bos deal sendiri dengan supplier, harga dia boleh tahan keras. Nak ambil sikit, dorang tak layan. Nak ambil pukal (MOQ besar), takut modal mati dan berhabuk kat kedai.

    Sebab tu, kat Shine Hair Zone kami bawa satu penyelesaian untuk bos semua: Group Buy (Join Order) untuk dapatkan terus Tier-1 Wholesale Price (Harga Borong Paling Bawah). Bos tak payah pening nak tanggung MOQ sorang-sorang. Kita kumpulkan order ramai-ramai, dan kita fight harga paling lantai. Bintang utama kita kali ni adalah produk yang repeat order dia sangat padu—Schwarzkopf Professional BC Bonacure Moisture Kick (Siri Clean Performance).

    Quench dry, textured hair with the 100% vegan Schwarzkopf BC Bonacure Moisture Kick range. Powered by Glycerol for up to 48 hours of weightless hydration, instant detangling, and a healthy-looking shine.


    💧 Kenapa Customer Bos Akan Jatuh Cinta Dengan Moisture Kick Ni?

    Sebelum sembang bab untung, kita sembang bab kualiti dulu. Schwarzkopf Moisture Kick ni bukan syampu cap ayam yang “cuci-cuci lepas tu kering”. Ini formulasi premium dari Jerman, khas untuk rambut normal ke kering, rambut bertekstur, dan rambut keriting. Kelebihan dia memang gempak:

    • 100% Vegan & Clean Performance: Zero Sulfate, Zero Silicone, takde pewarna tiruan. Customer pakai tanpa was-was, bos pun jual dengan yakin.
    • Teknologi Gliserol (Glycerol): Bagi hidrasi mendalam sampai 48 jam! Sekali cuci, customer boleh rasa kelembutan dan rambut tak kering selama dua hari.
    • Instant Detangling (Mudah Disikat): Rambut kusut terus jadi lembut. Stylist bos pun jimat masa kat basin cuci rambut, kerja jadi lebih laju.
    • Set Lengkap: Ada Shampoo, Conditioner, Spray Conditioner, Treatment, dan Curl Bounce Cream. Bila customer dah suka satu, bulan depan confirm dorang datang cari set yang lain pulak.

    Bos susun je botol-botol ni kat rak salun, customer nampak logo Schwarzkopf, automatik dorang tahu: “Wah, kedai ni memang pakai barang high class!”


    📈 Pecahan Harga Rasmi (Official Price List) & Margin Keuntungan

    Kita terus masuk bab duit, tak payah pusing-pusing. Ini adalah pecahan kos untuk Join Order Schwarzkopf Moisture Kick 200ml/250ml dan Harga Jualan Cadangan (RRP):

    1. Pecahan Modal Sebotol (Landed Cost Breakdown)

    Base Unit Price (Harga Borong Kilang)RM21.00
    Bulk Processing Fee (15% Caj Logistik / Kastam / Gudang)RM3.15
    Modal Akhir Bos (Final Landed Cost)RM24.15 sebotol

    2. Harga Jualan (RRP) & Keuntungan Bersih (Profit Margin)

    ProdukOfficial RRP (Harga Jualan)Modal Bos (Cost)Untung Bersih (Net Profit)Margin Untung
    Moisture Kick Shampoo (250ml)RM68.00RM24.15RM43.8564.5%
    Moisture Kick Conditioner (200ml)RM68.00RM24.15RM43.8564.5%
    Moisture Kick Spray Conditioner (200ml)RM68.00RM24.15RM43.8564.5%
    Moisture Kick Treatment (200ml)RM68.00RM24.15RM43.8564.5%
    Moisture Kick Curl Bounce (150ml)RM68.00RM24.15RM43.8564.5%

    Bos, tengok betul-betul: Modal bos cuma RM24.15, harga jual RM68.00. Setiap botol bos jual, untung bersih masuk laci adalah RM43.85! Margin untung cecah 64.5%!

    Jual 5 botol dah balik modal untuk sekotak. Jual 10 botol dah unt

    📦 Join Order Salun (Group Buy): Dapat Harga Borong, Tak Payah Pening Simpan Stok!

    Kalau bos order sikit-sikit untuk satu kedai, confirm kena harga mahal. Apa kata kita combine order? Dapat terus harga borong paling cun! Shine Hair Zone tolong kumpulkan order bos-bos semua—bagitau je nak barang apa, kita cukupkan kuota untuk fight harga lantai dengan kilang. Cash flow kedai pun tak sangkut! Antara barang hot untuk join order:

    • 🛡️ Brand Eksklusif Salun Sahaja (Barang takde kat Shopee/Lazada. Customer tak boleh compare harga, untung kedai bos pegang 100%!)
    • 🧴 Ubat Rebonding / Straightening (Ambil sekotak terus, harga lagi ngam)
    • 🌙 Brand Halal Sah JAKIM (Pelanggan Muslim guna tanpa was-was, auto-naikkan ‘trust’ kedai bos!)
    • 🏷️ Brand Besar Salun (L’Oréal, Schwarzkopf, Shiseido & lain-lain saiz salun)

    * Nota: Harga group buy ni adalah harga bersih (nett). Tak termasuk kos pos, packing, dan upah admin/runner sikit (kita meniaga transparent bos, takde cas sembunyi).

    Zaman sekarang bisnes kena bijak, pusingan modal kena jaga. Tak payah nak peram stok berkotak-kotak sampai berhabuk dekat kedai lagi. Bos list kan je nak barang apa, saya tolong kawtim harga paling cantik untuk semua!

    📲 Klik WhatsApp, Jom Join Order Sekarang!
  • Kenapa Brand Antarabangsa Makin Mahal, Tapi Ada Produk Boleh Jual Makin Murah? Ini Rahsia Sebenar!

    Kenapa Brand Antarabangsa Makin Mahal, Tapi Ada Produk Boleh Jual Makin Murah? Ini Rahsia Sebenar!

    Bos, perasan tak satu trend kebelakangan ni?

    Setiap kali bos nak restock barang dari giant brand antarabangsa macam L’Oréal atau Schwarzkopf, mesti salesman dorang akan cakap: “Bos, bulan depan harga naik sikit eh.” Masa tu dalam hati bos mesti menyumpah: “Walao, naik lagi? Customer aku pun dah bising harga potong rambut mahal, korang nak naikkan lagi?”

    Tapi kat satu sudut lain, bos perasan tak ada produk dari China atau local brand Malaysia yang harganya kekal stabil, malah ada yang makin lama makin murah dan berbaloi?

    Ini bukan ilusi, bos. ‘Air’ dalam rantaian bekalan (supply chain) ni sangat dalam. Hari ni, saya nak bongkarkan rahsia sebenar kat sebalik harga-harga ni.


    Kenapa Brand Antarabangsa Asyik Naik Harga? 3 Sebab Paling Simple.

    1. Diorang Bukan Jual Produk, Diorang Jual “Standard”

    Bos pernah tengok iklan L’Oréal kat TV atau YouTube? Pelakon Hollywood, shooting kat Menara Eiffel, saintis pakai kot putih—buatkan kita rasa kalau pakai syampu ni, rambut terus bersinar macam berlian. Bos ingat kos iklan tu percuma? Siapa yang bayar? Bos dan customer bos lah yang tolong bayarkan. Bos bukan setakat beli syampu, bos beli “Standard & Prestij” brand tu. Kalau tak jual mahal, macam mana nak maintain gaya High Class tu?

    2. Cukai & Kos Transport Atas Kepala Bos

    Produk-produk ni datang dari Eropah atau Jepun. Berapa ribu kilometer tu? Sepanjang perjalanan, barang tu lalu Main Distributor, lalu pemborong, lalu dealer—setiap lapisan akan mark-up untung dorang. Campur lagi dengan cukai import dan kos shipping, semuanya disumbat masuk dalam harga sebotol ubat rambut tu. Bos ingat bos bayar untuk kualiti, rupa-rupanya bos tolong bayar kos pos diorang!

    3. Bajet Marketing Yang Tak Masuk Akal

    Sewa billboard besar, buat event pelancaran kat hotel 5 bintang, bayar beratus KOL dan Instafamous untuk buat review. Semua tu pakai duit! Akhirnya, siapa yang kena cover balik kos ni? Owner salun kat depan ni lah. Jadi, bila bos nampak ada kempen iklan besar-besaran dari brand antarabangsa, bos dah boleh standby—harga confirm akan naik.


    Habis Tu, Macam Mana Ada Produk Boleh Jual Makin Murah?

    Ini fakta yang saya nak sangat bos tahu.

    Produk yang harganya stabil atau makin murah ni bukan sebab diorang “potong jalan” atau kurangkan kualiti. Rahsianya cuma satu: Kecekapan Produksi (Production Efficiency) Yang Gila Babi.

    Zaman “Barang China = Barang Sampah” dah lama berlalu, bos! Sekarang diorang ada supply chain paling lengkap dan kilang yang terlampau efisien. Diorang boleh buat barang “makin lama makin murah, makin lama makin berkualiti”.

    Contohnya: Dengan sistem OEM/ODM yang kuat, kilang di China boleh develop produk dari zero sampai masuk kotak dalam masa 4 bulan je. Bayangkan, dalam masa 4 bulan tu, brand antarabangsa kat Eropah mungkin tengah meeting lagi nak bincang saiz font kat botol! Masa itu adalah kos, dan kepantasan itu adalah penjimatan.

    Lagi satu, saingan kat sana sangat ‘koyak’. Ada beratus kilang tengah berlawan. Siapa berani naik harga sesuka hati? Kalau kau naik harga, kilang sebelah terus keluar barang kualiti sama tapi harga lagi murah. Persaingan ni paksa diorang naikkan kualiti dan tekan kos ke tahap maksima. Hasilnya? Barang yang sampai kat tangan kita harganya jauh lebih friendly dengan kualiti yang setanding jenama besar.


    Di Mana Pulak Kedudukan Brand Lokal Malaysia?

    Mesti bos tertanya-tanya: “Kalau brand luar mahal sangat, brand China pulak murah dan berkualiti, habis tu Local Brand Malaysia nak hidup macam mana?”

    Soalan yang sangat bagus. Posisi brand lokal ni sebenarnya duduk betul-betul kat tengah. Dia bukan paling murah, dan bukan paling mahal. Tapi dia ada satu kelebihan yang brand luar tak boleh tiru: Diorang paling faham kulit kepala orang Malaysia!

    Fikir logik, bos. Cuaca kat Malaysia ni 365 hari panas dan lembap. Kulit kepala kita cepat berminyak, gatal, dan sensitif. Belum kira lagi customer Muslim kita yang pakai tudung seharian. Bos rasa chemist kat Eropah sana faham ke masalah ni? Diorang kat sana ada musim salji, macam mana diorang nak faham rasa rimas kulit kepala pada suhu 38 darjah Celsius?

    Kekuatan brand lokal adalah Formulasi Setempat (Localized Formulation). Diorang buat formula khas untuk cuaca, kualiti air, dan gaya hidup kita. Tambahan pulak, kilang kat sini je, jadi takde isu mata wang (currency) atau kos import yang melampau. Sepatutnya, harga brand lokal sangat-sangat kompetitif.

    Tapi Kenapa Ada Salon Tak Nak Guna Brand Lokal?

    Ini realiti pahit. Ramai owner salon mengadu kat saya: “Bukan tak nak support lokal, tapi ada brand lokal asyik naik harga je. Kualiti takat tu jugak, tapi harga dah nak dekat sama level dengan brand antarabangsa.”

    Kalau bos naik harga tapi kualiti tak padu, baik owner salon tukar pakai brand import yang value for money. Brand lokal tak boleh nak harap sentimen “Support Local” semata-mata kalau tak jaga kualiti dan margin untung owner salon.


    Pengajaran Untuk Owner Salun Yang Bijak

    Apa kesimpulan dari semua ni?

    Bila bos nak pilih barang untuk kedai, tolong buang mindset lapuk “Barang mahal mesti bagus”. Bos kena pandai baca harga kat sebalik botol tu.

    Ada produk mahal sebab bos bayar kos iklan dia. Ada produk murah sebab rantaian bekalan dia efisien. Bos buat bisnes untuk jangka masa panjang dengan regular customer. Bos perlukan produk yang kualitinya stabil, harganya masuk akal, dan supplier tak main wayang asyik nak naik harga je.

    Sebagai orang yang dah 22 tahun dalam supply barang salun, tugas pertama saya adalah tolong bos filter barang-barang yang mark-up tak masuk akal ni. Prinsip saya senang je: Kualiti mesti berbaloi dengan harga, dan harga mesti berbaloi untuk customer bos.

    Prinsip Saya: Brand tak kenal negara. Brand yang bagus adalah brand yang tolong bos buat untung, selesaikan masalah rambut customer, dan tak potong jalan bab kualiti!

    Owner salun yang bijak takkan fanatik pada satu brand. Diorang pandai buat Mix & Match (Kombinasi Bijak):

    • Brand Antarabangsa: Ambil sikit untuk buat “muka” dan naikkan standard salun, tapi jangan ikat cash flow beli banyak-banyak.
    • Brand Import/China Berbaloi: Guna untuk servis yang jalan laju dan pakai banyak (macam ubat rebonding atau warna asas) untuk tekan kos operasi serendah yang boleh.
    • Brand Lokal Premium (Contoh macam Miteo): Khas untuk rawatan kulit kepala, pasaran wanita bertudung/Halal. Sebab barang ni takde jual merata kat online, untung 100% bos pegang sendiri tanpa takut customer compare harga!

    Guna servis dan kepakaran bos untuk ikat kesetiaan customer, dan guna sistem Join Order (Group Buy) untuk potong kos barang! Ini rahsia sebenar nak pastikan Cash Flow salun bos sentiasa sihat!

    Miteo MI3 + MI25 防脱护理套装 — 拼单咨询

  • Bila Customer Bukak Shopee/TikTok Nak Compare Harga Kat Salun Bos, Apa Nak Buat?

    Bila Customer Bukak Shopee/TikTok Nak Compare Harga Kat Salun Bos, Apa Nak Buat?

    Bos confirm pernah kena situasi ni kan:

    Customer lepas habis cuci rambut, dia lepak kat kerusi, bukak phone pastu tunjuk skrin kat bos: “Bos, kat Shopee / TikTok baru RM20, apasal kedai bos jual sampai RM50?”

    Terkedu terus. Dalam hati mendidih sebab modal bos ambil dengan supplier pun dah lebih RM20! Bos cuba explain, “Eh tu barang tiruan tu,” atau “Tu barang reject kilang.” Tapi customer senyum sinis je, dia tetap percaya harga online. Lagi bos explain, lagi dia fikir bos nak cekik darah.

    Ini bukan bos sorang je yang kena. Boleh dikatakan semua owner salun dan barbershop satu Malaysia tengah tercekik dengan isu yang sama.

    Platform macam Shopee, TikTok Shop dan Lazada dah hancurkan harga market produk jenama terkenal. Dulu, kita ada “kelebihan info” — customer tak tahu harga sebenar kos ubat lurus atau syampu, jadi salun boleh buat untung atas angin. Tapi sekarang? Customer dah bijak. Sebelum jejak kaki ke kedai, dia dah survey dulu harga online.

    Inilah realiti sekarang: Zaman buat duit hanya dengan “jual barang salun” dah tamat!

    Tapi jangan gelabah dulu. Benda ni lambat-laun memang akan jadi. Habis tu, kita nak buat apa? Buang harga? Lawan harga Shopee?

    Cuba kita kira matematik sikit. Kalau modal bos beli syampu RM18, kat online jual RM20. Bos pun ikut jual RM20. Tolak kos sewa kedai, api air, gaji pekerja, apa yang tinggal? Habuk? Nak untung tak boleh, nak turun harga pun mati. Satu-satunya jalan keluar adalah: Jangan lawan diorang dalam gelanggang yang sama!

    Salun dan barbershop yang masih survive dan buat duit lebat sekarang dah lama tukar strategi. Diorang tak jual botol syampu semata-mata, diorang jual 3 benda ni: Kuasa beli pukal, Kepakaran, dan Servis After-sales. Bahasa mudahnya:

    Pertama: Join Order (Group Buy), Kita Hempas Harga Modal Ke Lantai

    Kalau bos order barang sorang-sorang, ambil 2-3 botol, memang kilang akan bagi harga mahal. Tapi cuba bayangkan, 10 hingga 20 bos salun bergabung? Kita ada kuasa tawar-menawar! Saya dah 22 tahun dalam industri pembekal salun ni, dan ini yang saya tengah usahakan — kita kumpulkan order dari geng-Geng salun, saya jadi wakil tolong *fight* harga paling lantai dengan kilang.

    Bos tak payah peram stok berkotak-kotak sampai cash flow sangkut. Bos bagitau nak apa, kita cukupkan kuota dan angkat harga borong VIP. Bila modal dah rendah, bos tak goyah lagi bila customer compare harga, sebab harga yang bos jual pun dah dekat dengan harga online, dan bos masih ada margin untung yang cantik.

    Kedua: Jual Kepakaran Bos, Bukan Jual Botol Barang

    Kepakaran adalah aset bos yang tak ternilai. Kat Shopee ada beribu jenis produk, customer pening nak pilih mana satu yang sesuai dengan kulit kepala dia. Recommendation dari bos adalah “insurans” untuk rambut diorang.

    Bila kita buat *Join Order*, saya takkan suruh bos jual barang yang dah rosak harga kat market. Saya akan filter dan berikan produk eksklusif (macam Miteo Halal JAKIM) yang payah cari kat online. Bila bos sendiri dah test dan yakin barang tu berkualiti, customer pun akan rasa selamat nak beli dari bos.

    Ketiga: Jual ‘Trust’, Biar Customer Rasa Selamat

    Beli kat TikTok, kalau pakai gatal-gatal nak complain kat siapa? Chat dengan robot? Tapi bila beli dari salun bos, customer rasa ada “tuan badan” yang back-up. Kalau dia pakai tak sesuai, dia boleh WhatsApp bos bila-bila masa. Bos boleh tolong tengokkan, ajar cara pakai yang betul, atau kalau tak ngam, bos sedia tolong adjust.

    Rasa “selamat” dan “dijaga” macam ni, takde platform online yang boleh bagi. Customer sebenarnya bukan beli syampu, diorang beli trust dan jaminan dari kepakaran bos.


    Nasihat Terakhir Buat Bos-Bos Yang Tengah Pening:

    Platform online takkan mampu bunuh bisnes yang berasaskan kepakaran tangan dan kepercayaan. Diorang cuma bunuh middleman yang kaut untung atas angin. Bos masih boleh buka kedai hari ni sebab kemahiran guntingan, kepakaran warna, dan kepercayaan customer pada bos.

    Jangan gelabah. Tukar kepakaran bos jadi nilai tambah, dan jadikan kepercayaan customer tu sebagai harga jualan. Mereka yang tunjuk skrin phone tu sebenarnya bukan cari harga paling murah, mereka cuma perlukan seseorang yang pakar untuk yakinkan mereka. Dan orang tu adalah bos.

    Kalau bos-bos nak Join Order / Group Buy produk salun untuk rendahkan kos dan jaga cash flow, jom WhatsApp saya. Dengan 22 tahun pengalaman, kita cerita bisnes telus, takde pusing-pusing. Kita tolong satu sama lain!

    📦 Join Order Salun (Group Buy): Dapat Harga Borong, Tak Payah Pening Simpan Stok!

    Kalau bos order sikit-sikit untuk satu kedai, confirm kena harga mahal. Apa kata kita combine order? Dapat terus harga borong paling cun! Shine Hair Zone tolong kumpulkan order bos-bos semua—bagitau je nak barang apa, kita cukupkan kuota untuk fight harga lantai dengan kilang. Cash flow kedai pun tak sangkut! Antara barang hot untuk join order:

    • 🛡️ Brand Eksklusif Salun Sahaja (Barang takde kat Shopee/Lazada. Customer tak boleh compare harga, untung kedai bos pegang 100%!)
    • 🧴 Ubat Rebonding / Straightening (Ambil sekotak terus, harga lagi ngam)
    • 🌙 Brand Halal Sah JAKIM (Pelanggan Muslim guna tanpa was-was, auto-naikkan ‘trust’ kedai bos!)
    • 🏷️ Brand Besar Salun (L’Oréal, Schwarzkopf, Shiseido & lain-lain saiz salun)

    * Nota: Harga group buy ni adalah harga bersih (nett). Tak termasuk kos pos, packing, dan upah admin/runner sikit (kita meniaga transparent bos, takde cas sembunyi).

    Zaman sekarang bisnes kena bijak, pusingan modal kena jaga. Tak payah nak peram stok berkotak-kotak sampai berhabuk dekat kedai lagi. Bos list kan je nak barang apa, saya tolong kawtim harga paling cantik untuk semua!


    📲 Klik WhatsApp, Jom Join Order Sekarang!

    Miteo MI3 + MI25 防脱护理套装 — 拼单咨询

Hair Problem?WhatsApp me