Tag: LB-II

  • [Khas Untuk Boss Salon] Kenapa LB-II Moist-Sculpting Lotion Batch Baru Nampak Transparent? Formula Dah Tukar Ke?

    Baru-baru ni, ramai boss salon dan hairstylist WhatsApp kami tanya: “Boss, kenapa batch baru LB-II Lotion (EXP: 10/2030) ni nampak jernih/transparent macam gel? Sebelum ni picit keluar warna putih krim pekat. Barang tiruan ke atau kilang dah tukar formula?”

    Sebagai pembekal borong salon, kami terus terang sahaja: Ya, pihak kilang LB-II memang ada buat sedikit pembaharuan dan upgrade pada formula! Ini 100% original dari kilang, jadi semua boss salon boleh guna dengan yakin.


    Side-by-side comparison of old solid white cream vs new semi-transparent gel formula of LB-II Moist-Sculpting Lotion
    Side-by-side: old solid white cream (left) vs new semi-transparent gel formula (right).

    Apa Perbezaan Nyata (Lama vs Baru)?

    • Batch Lama: Tekstur warna putih pekat, rasa krim tebal bila disapu.
    • Batch Baru (EXP 10/2030): Tekstur separa lutsinar (semi-transparent), rasa lebih kepada gel-lotion berasaskan air.

    Sebahagian hairstylist yang dah biasa dengan versi lama mungkin rasa pelik pada mulanya dan risau hold tak cukup kuat. Sebenarnya, upgrade kali ini fokus kepada “ringankan beban rambut & kuatkan ketahanan curl”:

    • Kurangkan rasa berat (Fatty Alcohols dikurangkan): Krim lama mengandungi Cetyl/Stearyl Alcohol tinggi yang membuatkannya putih pekat. Formula baru mengurangkan bahan ini supaya rambut halus tidak mudah leper atau nampak berminyak.
    • Tingkatkan bahan penggayaan (Styling Polymers ditambah): Kilang lebihkan kandungan VP/VA Copolymer (bertekstur gel jernih) yang bertindak mengunci bentuk ikal rambut agar tahan lebih lama.

    Kelebihan Formula Baru Untuk Salon Anda:

    1. Curl Lebih Tahan Lama & Kemas: Bentuk ikal rambut kekal mantap dan tahan lama walaupun cuaca lembap atau berpeluh.
    2. Sangat Ringan & Tak Melekit: Memberi kesan natural dan beralun tanpa rasa melekit pada tangan mahupun rambut pelanggan.

    Jika ada pelanggan anda bertanya, anda boleh kongsikan dengan yakin bahawa ini adalah formula dinaik taraf rasmi untuk kemasan lebih ringan dan penjagaan kelembapan maksimum.

    📦 Join Order Salun (Group Buy): Dapat Harga Borong, Tak Payah Pening Simpan Stok!

    Kalau bos order sikit-sikit untuk satu kedai, confirm kena harga mahal. Apa kata kita combine order? Dapat terus harga borong paling cun! Shine Hair Zone tolong kumpulkan order bos-bos semua—bagitau je nak barang apa, kita cukupkan kuota untuk fight harga lantai dengan kilang. Cash flow kedai pun tak sangkut! Antara barang hot untuk join order:

    • 🛡️ Brand Eksklusif Salun Sahaja (Barang takde kat Shopee/Lazada. Customer tak boleh compare harga, untung kedai bos pegang 100%!)
    • 🧴 Ubat Rebonding / Straightening (Ambil sekotak terus, harga lagi ngam)
    • 🌙 Brand Halal Sah JAKIM (Pelanggan Muslim guna tanpa was-was, auto-naikkan ‘trust’ kedai bos!)
    • 🏷️ Brand Besar Salun (L’Oréal, Schwarzkopf, Shiseido & lain-lain saiz salun)

    * Nota: Harga group buy ni adalah harga bersih (nett). Tak termasuk kos pos, packing, dan upah admin/runner sikit (kita meniaga transparent bos, takde cas sembunyi).

    Zaman sekarang bisnes kena bijak, pusingan modal kena jaga. Tak payah nak peram stok berkotak-kotak sampai berhabuk dekat kedai lagi. Bos list kan je nak barang apa, saya tolong kawtim harga paling cantik untuk semua!

    📲 Klik WhatsApp, Jom Join Order Sekarang!
Hair Problem?WhatsApp me