Ramai orang rajin buat skincare muka sampai glowing, tapi sering terlupa yang kulit kepala pun sebenarnya kulit juga. Tambah pula dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, peluh, sebum teroksida, liang pori tersumbat, dan habuk kotoran hari-hari berkumpul atas kepala. Pernah tak anda alami situasi macam ni?
- Baru syampu pagi tadi, tak sampai petang rambut dah melekit, berminyak, dan leper?
- Pakai baju gelap sikit, habis bahu penuh dengan “salji putih” (kelemumur) yang tak hilang-hilang?
- Kulit kepala rasa tegang, kerap gatal merenyam sampai tergaru-garu, kadang-kadang pedih bila disentuh?
Jangan pening kepala, siri L’Oréal Professionnel Scalp Advanced memang direka khas untuk selesaikan pelbagai masalah kulit kepala degil. Diformulasi dan diiktiraf oleh pakar dermatologi, siri ini merupakan rawatan profesional standard salon untuk kembalikan kesihatan kulit kepala anda.
Jom kita tengok 3 jenis syampu utama dalam siri ini supaya anda boleh pilih yang paling tepat untuk masalah anda!
🧴 1. Anti-Oiliness — Pakar Kawal Minyak & Rambut Leper
Sesuai untuk siapa? Kulit kepala cepat berminyak, rambut leper/melekat pada kulit kepala, dan mereka yang hari-hari pakai wax, pomade atau hair spray.
Bahan Utama: Citramine + Vitamin E
Apa kelebihannya?
- Membersihkan minyak berlebihan terus dari akar rambut dengan kawalan sebum yang mantap
- Menyingkirkan sisa produk penggayaan (wax/gel/spray) dan habuk terkumpul tanpa menyumbat pori
- Mencuci mendapan mineral daripada air paip supaya kulit kepala terasa segar dan boleh “bernafas”
- Selepas kering, akar rambut terasa ringan dan kembang semula jadi (fluffy), tak lagi melepek dan berminyak
Cadangan Penggunaan: Sesuai dijadikan syampu harian, terutamanya untuk mereka yang aktif di luar rumah atau kuat berpeluh.
👉 Lihat Butiran L’Oréal Anti-Oiliness Shampoo
🧴 2. Anti-Dandruff — Hapus Kelemumur Salji & Hilangkan Gatal
Sesuai untuk siapa? Mereka yang bermasalah dengan kelemumur (sama ada kepingan kering halus atau kelemumur minyak tebal) serta kulit kepala yang sentiasa gatal.
Bahan Utama: Piroctone Olamine (bahan aktif antibakteria & antifungus) + Niacinamide + AHA
Apa kelebihannya?
- 1 kali basuhan sahaja dapat menanggalkan sehingga 100% kelemumur yang kelihatan (ujian klinikal pengguna)
- Perlindungan anti-kelemumur berterusan sehingga 72 jam, menghalang kelemumur datang semula dengan cepat
- Menenangkan rasa gatal serta-merta, memberikan rasa nyaman dan segar pada kulit kepala
- Tekstur krim ringan yang lembut, membersih kelemumur tanpa mengeringkan hujung rambut
Cadangan Penggunaan: Gunakan 2 hingga 3 kali seminggu untuk rawatan berkesan. Sekiranya kelemumur jenis berminyak tebal, disyorkan guna bersama masker tanah liat (2-in-1 clay) sebagai rawatan awal.
👉 Lihat Butiran L’Oréal Anti-Dandruff Shampoo
🧴 3. Anti-Discomfort — Penyelamat Kulit Kepala Sensitif & Pedih
Sesuai untuk siapa? Kulit kepala yang kerap tegang, kemerahan, pedih bila berpeluh, atau mengalami rasa tidak selesa selepas rawatan warna/rebonding.
Bahan Utama: Niacinamide (Vitamin B3 untuk menenangkan kulit) + AHA + Tanah Liat Mineral
Apa kelebihannya?
- Meningkatkan rasa lega dan selesa sehingga 83% dalam 1 kali basuhan
- Meningkatkan kelembapan dan nutrisi rambut sehingga +49%, mengelakkan kulit kepala kering dan mudah radang
- Tekstur gel yang sangat ringan, mencuci secara lembut tanpa sebarang rasa pedih
- Mengimbangi semula kelembapan semula jadi kulit kepala untuk mengurangkan risiko sensitif berulang
Cadangan Penggunaan: Sangat selamat untuk cucian harian. Untuk hasil terbaik, padankan bersama perapi Scalp Advanced Anti-Discomfort Soother Treatment untuk kesan menenangkan berganda.
👉 Lihat Butiran L’Oréal Anti-Discomfort Shampoo
📊 Panduan Cepat: Nak Pilih Yang Mana Satu?
| Keadaan Kulit Kepala | Pilihan Terbaik | Fungsi Utama |
|---|---|---|
| 💧 Cepat berminyak & rambut leper | Anti-Oiliness | Kawal minyak, rambut kembang, cuci sisa produk |
| ❄️ Kelemumur salji & kerap gatal | Anti-Dandruff | Basmi kelemumur, kawal fungus, tahan 72 jam |
| 🌿 Kulit sensitif, tegang & merah | Anti-Discomfort | Redakan radang, rawat pedih, kekalkan hidrasi |
💡 Tip Otai Salon: Cara Campur Yang Paling Berkesan
Kalau kulit kepala anda jenis campur (contohnya: kulit berminyak tapi ada kelemumur sekali), jangan bergantung pada satu botol syampu sahaja! Kami sarankan anda guna secara bergilir-gilir (rotation): dua hari guna Anti-Oiliness untuk kawal minyak, dan satu hari guna Anti-Dandruff untuk basmi punca kelemumur.
Bagi rakan-rakan pengusaha salon, siri ini turut menawarkan produk rawatan intensif seperti masker tanah liat (clay) dan soothing treatment untuk pakej servis cucian kulit kepala profesional pelanggan anda.
📦 Join Order Salun (Group Buy): Dapat Harga Borong, Tak Payah Pening Simpan Stok!
Kalau bos order sikit-sikit untuk satu kedai, confirm kena harga mahal. Apa kata kita combine order? Dapat terus harga borong paling cun! Shine Hair Zone tolong kumpulkan order bos-bos semua—bagitau je nak barang apa, kita cukupkan kuota untuk fight harga lantai dengan kilang. Cash flow kedai pun tak sangkut! Antara barang hot untuk join order:
- 🛡️ Brand Eksklusif Salun Sahaja (Barang takde kat Shopee/Lazada. Customer tak boleh compare harga, untung kedai bos pegang 100%!)
- 🧴 Ubat Rebonding / Straightening (Ambil sekotak terus, harga lagi ngam)
- 🌙 Brand Halal Sah JAKIM (Pelanggan Muslim guna tanpa was-was, auto-naikkan ‘trust’ kedai bos!)
- 🏷️ Brand Besar Salun (L’Oréal, Schwarzkopf, Shiseido & lain-lain saiz salun)
* Nota: Harga group buy ni adalah harga bersih (nett). Tak termasuk kos pos, packing, dan upah admin/runner sikit (kita meniaga transparent bos, takde cas sembunyi).
Zaman sekarang bisnes kena bijak, pusingan modal kena jaga. Tak payah nak peram stok berkotak-kotak sampai berhabuk dekat kedai lagi. Bos list kan je nak barang apa, saya tolong kawtim harga paling cantik untuk semua!
📲 Klik WhatsApp, Jom Join Order Sekarang!



