Salon owner resetting tripped circuit breaker while customer waits with wet hair in dark salon

Hair Dryer Buat DB Box Trip? Ni Cara Settle Wiring Salon

Wong Chin Fong Avatar

Hair Dryer Buat DB Box Trip? Ni Cara Settle Wiring Salon

Boss, pernah tak kena macam ni: Hari Sabtu tengah full house, customer ramai. Stylist baru on hair dryer, terus—PAK! Blackout satu kedai. Ekon mati, customer duduk dalam gelap dengan rambut basah. Sangat malu, kan? Terus rushing pergi check DB box sambil minta maaf.

Comparison of a bright working hair salon and the same salon in darkness after electrical overload
Kiri: salon beroperasi normal. Kanan: salon gelap selepas electrical overload. Wiring tak dirancang, beberapa saat je bisnes terhenti.

Ini bukan nasib malang. Ini masalah wiring kedai. Pengalaman 22 tahun dalam line supply salon, saya cakap terus terang: kalau wiring cincai, bisnes boss memang berisiko.

Kenapa Hair Dryer Selalu Trip Power?

Hair dryer professional makan elektrik tinggi, 1500W hingga 2200W. Bila 3 cermin jalan serentak, tambah ekon, mesin digital perm dan pemanas air, arus elektrik naik mendadak. DB box tak boleh tahan, terus trip.

Tambahan pula, plug point rumah biasa tak sesuai untuk salon. Hari-hari cucuk cabut 50 kali, lama-lama plug jadi longgar, panas, dan boleh punca litar pintas.

Salon owner resetting tripped circuit breaker while customer waits with wet hair in dark salon
Mimpi ngeri setiap bos salon: reset breaker yang trip sementara customer tunggu dengan rambut basah.

Panduan Saiz Wayar Salon (Rule of Thumb)

KawasanSaiz WayarSebab
Plug Point Cermin4mm – 6mmPenggunaan hair dryer berat
Kawasan Perm / Chemical4mm (Wajib)Mesin digital perm kuat makan power
Ekon / Aircon4mm (Single) / 6mm (Multiple)Ikut horsepower ekon

⚠️ Nota: Ini panduan rujukan industri. Wajib panggil wireman ada lesen Suruhanjaya Tenaga untuk sahkan kapasiti TNB kedai boss.

3D isometric illustration of salon electrical wiring plan with color-coded cable sizes for hair dryers and perm machines
Perkakas berbeza perlukan saiz wayar berbeza — setiap satu ada gunanya sendiri.

Boss, Jangan Kedekut Part Ni

Wiring elektrik ni pelaburan “tak nampak”. Customer tak nampak, tapi ia jalan satu kedai. Sekali blackout, lari customer; wayar cair pulak boleh bakar kedai. Pakai plug point industri berlesen SIRIM, asingkan looping suis lampu dengan plug point, dan buat terus elok-elok dari awal!

Enjoying this article?

Subscribe to get new posts delivered straight to your inbox. No spam, unsubscribe anytime.

No spam. Unsubscribe anytime.

Leave a Comment

Hair Problem?WhatsApp me